Thursday 8 December 2011

Penggunaan ICT dalam Pendidikan(Kelebihan dan kekurangan)

Pendidikan yang bermakna adalah pendidikan yang membawa kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh yang boleh digunakan oleh individu menjalani kehidupan seharian. 
ICT dalam pendidikan bermakna penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat melalui ruang maya atau apa-apa media penyebaran dan penyampaian maklumat sama ada dalam bentuk audio, video dan data dan bertepatan sebagai aplikasi penggunaaan peralatan teknologi pendidikan uyntuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.



Kenapa penggunaan ICT masih kurang di sekolah? Mungkin disebabkan oleh
  • Kesukaran menggunakan harware dan software dan ini akan mengganggu proses pengajaran.
  • Penyediaan bahan pengajaran memakan masa yang lama.
  • Tiada kemahiran dalam mengendalikan teknologi.

Kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Meningkatkan minat pelajar
  • Pelajar lebih gembira
  • Meningkatkan tahap pembelajaran pelajar.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri.
  • Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran menjadi lebih menarik.
  • Bahan boleh disimpan dan digunakan semula

Kekurangan
  • Masalah teknikal. Pendidik tidak pakar dalam mengendalikan masalah teknikal.
  • Sumber yang kurang
  • Peralatan yang mahal
  • Guru memerlukan lebih masa untuk menyediakan bahan pengajaran.

6 comments:

  1. Good day,
    the topic you brought up is sincerely true but it is changing. Yes, some areas in Malaysia still have not the facilities such as computers and the like. However, the number is now decreasing. The government provide new buildings for computer labs in many schools already. This facility can come in many advantages such as new work vacancy and new opportunity for new learning for both teachers and students. Let us hope this progress in technology maintains to be true.

    from,
    Nor Amirul Arshad A126280

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Saya rasa tidak timbul isu dalam penyediaan BBM kerana di pasaran sudah ada banyak CD yang dipasarkan untuk kegunaan guru-guru bagi membantu dalam P&P di sekolah.
    Guru-guru pada masa kini juga telah dihantar untuk mengikuti kursus komputer dan ICT bagi meningkatkan tahap literasi ICT mereka.
    Salah satu kekurangan yang perlu diambil kira dalam penggunaan ICT dalam pendidikan ialah akan timbulnya masalah penyalahgunaan internet oleh para pelajar sekiranya mereka didedahkan dengan pembelajaran secara 'online'.

    Sekian.

    NURUL IZZATI ZAIMY
    A129056

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Pada pendapat saya setelah saya membaca keseluruhan isu yang anda kemukakan, saya tidak berpendapat bahawa penggunaan ICT dalam pembelajaran adala suatu beban kepada tenaga pengajar.hal ini disebabkan oleh tenaga pengajar sekarang ini telah diperkenalkan dengan penggunaan ICT. Ia bukanlah suatu ilmu yang asing lagi di dalam bidang pendidikan.Tambahan lagi,penggunaan ICT didalam pendidikan telah bertambah dari semasa ke semasa. seperti yang telah anda nyatakan, penggunaan ICt dapat membantu pelajar untuk lebih memberikan perhatian didalam kelas tetapi keburukannya juga ada kerana pelajar kini lebih maju dan berpengetahuan luas tentang ICT.

    sekian,
    MUNIRA NADIYA SULAIMAN
    A129029

    ReplyDelete
  4. Pengunaan Ict dalam pendidikan memang amat digalakan kerana pelajar boleh mengetahui hal-hal yang berlaku dari dunia luar. Maksudnya disini pelajar akan mempunyai pengetahuan yang luas ,tidak hanya bergantung nota dalam kelas semata-mata. Pemberian netbok kepada pelajar-pelajar cemerlang dan tidak berkemampuan adalah satu langkah bijak.Namun jikalau ianya tidak dipantau penggunaan ict ini boleh membawa kesan yang buruk.

    mohd adam bin abdul rahim
    a132522

    ReplyDelete
  5. penggunaan ICT dikalangan guru di sekolah amat digalakkan dengan adanya kemudahan ICT yang disediakan oleh kerajaan. Setiap sekolah mempunyai makmal komputer dan cikgu juga dibekalkan dengan komputer peribadi untuk menggunakan ICT itu secara optimun. Tapi penggunaan ICT itu terbantut apabila adanya kekurangan seperti tiadanya kepakaran atau kurang mahir menggunakannya.
    Oleh itu, pihak sekolah dan kerajaan harus memikirkan satu resolusi supaya, bakal-bakal cikgu pandai dalam penggunaan ICT.

    Omar Shaheran Bin Zainudin
    A128243

    ReplyDelete
  6. penggunaan ICT sangat bangus dalam menarik perhatian pelajar tetapi pengalaman dan keupayaan guru itu sendiri adalah perkara yang paling utama kerana jika maksud yang ingin disampaiakn tidak jelas maka pembelajaran itu tidak jelas dan tidak sampai kepada pelajar.

    ReplyDelete